Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia A.I
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia A.I yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Mesej utama webinar adalah bahawa AI adalah pedang bermata dua dalam siber sekuriti; ia adalah alat yang kuat untuk pertahanan, tetapi ia juga membolehkan serangan siber menjadi lebih canggih dan berskala besar. Oleh itu, kita perlu menerima AI sambil terus berwaspada dan mengamalkan pengurusan risiko yang berterusan.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: